HULU SELANGOR 30 Mac – Seramai 1,200 pengunjung memeriahkan program Hari Tanpa Kenderaan Hulu Selangor 2019 yang berlangsung di Jalan Orkid, Bandar Bukit Sentosa di sini pagi tadi. Program kali ke-8 anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) itu antara lain bertujuan memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar di samping menjadi platform kepada warga Hulu Selangor untuk beriadah bersama ahli keluarga. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program yang berlangsung bermula 6.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari itu antaranya kayuhan santai, larian santai, senamrobik, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah. Keunikan program…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya