PUTRAJAYA – Marina Putrajaya Sdn. Bhd. (MPSB) menawarkan harga istimewa untuk perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya bersempena penganjuran Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya 2019 yang bermula hari ini sehingga 31 Mac. Ketua Pegawai Eksekutif MPSB, Datuk Zaharah Salamat berkata, Cruise Tasik Putrajaya menawarkan harga RM20 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak dengan pelayaran yang mengambil masa selama 30 minit. Beliau berkata, pihaknya juga menawarkan harga istimewa untuk perkhidmatan perahu dondang sayang…









