Harap permohonan LPS dipertimbang - Utusan Malaysia

Harap permohonan LPS dipertimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 14 Mac – Koperasi Nelayan Ayer Baloi (KNAB) berharap permohonan untuk mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dipertimbangkan semula pihak berkenaan.

Pengerusi­nya, Salahudin Jantan berkata, permohonan tanah seluas 100 hektar di Mukim Ayer Baloi itu merupakan inisiatif KNAB dalam memban­tu 70 ahlinya dalam aktiviti mencedok kerang.

“Laut Ayer Baloi yang dikenali sebagai hab pengeluaran kerang di daerah ini memerlukan pemeliharaan supaya bekalan kerang dapat dikekalkan bagi menjamin pendapatan nelayan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kaedah LPS dilaksanakan di Selangor dan Perak bertujuan memudahkan pengawalan pengeluaran kerang termasuk benih kerang yang mendapat permintaan tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pihaknya berharap penolakan permohonan itu dikaji semula bagi memastikan projek kluster bagi daerah ini menepati matlamat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Apatah lagi, katanya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub melawat kawasan itu pada Julai lalu bagi memastikan aktiviti mencedok kerang dapat ditingkatkan pengeluarannya.

Salahudin berkata, kerang yang dihasilkan di perairan Ayer Baloi sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran dan nelayan boleh mendapat pendapatan RM1,500 hingga RM2,000 sehari.

“Dengan adanya kawasan dikhaskan itu, proses mengeluarkan kerang sentiasa dipantau pihak koperasi dan ahli tidak dibenar mengambilnya jika saiz kecil,” katanya.

Menurutnya, setiap nelayan dijangka mampu menyauk 500 kilogram (kg) dan dipasarkan pada harga RM4 sekilo berdasarkan kepada saiz kerang yang berjaya dinaikkan ke darat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini