Hadiah Abel milik wanita buat kali pertama - Utusan Malaysia

Hadiah Abel milik wanita buat kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO 19 Mac – Hadiah Abel dalam matematik dianugerahkan kepada Karen Uhlenbeck dari Amerika Syarikat (AS) atas kerjanya mengenai persamaan perbezaan separa. Menurut Akademi Sains dan Persuratan Norway, Uhlenbeck menjadi wanita pertama yang memenangi anugerah berkenaan. “Uhlenbeck menerima Hadiah Abel 2019 atas kerjanya dalam analisis geometrik dan teori tolok, sekali gus mengubah landskap matematik dengan dramatik,” kata Pengerusi Jawatankuasa Abel, Hans Munthe-Kaas dalam satu kenyataan dikeluarkan. Uhlenbeck, 76, merupakan seorang sarjana penyelidik kanan di Princeton University serta pembantu di Insitute for Advanced Study (IAS) di AS. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN