Guardiola nafi ke Juventus - Utusan Malaysia

Guardiola nafi ke Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 10 Mac – Pep Guardiola menafikan segala khabar angin yang mendakwa dia akan menyertai Juventus sebaliknya menegaskan akan kekal bersama Manchester City.

Sebelum ini Guardiola dilaporkan secara lisan telah bersetuju dengan tawaran kontrak empat tahun untuk menggantikan Massimiliano Allegri.

“Saya tidak faham mengapa orang mengatakan saya akan pergi ke Juventus, sebaliknya tidak menghubungi kelab atau saya mahupun menghubungi ejen saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi saya tidak faham mengapa media akan memaparkan berita sebegini,” kata Guardiola.

Guardiola memperbaharui kontraknya bersama City sehingga 2021 pada Mei lalu selepas membantu kelab berkenaan meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga Inggeris musim lalu.

Selain Guardiola, ada juga khabar angin yang melaporkan bahawa bekas pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane dan Antonio Conte juga berada dalam pertimbangan Juventus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini