Gempak Lombok : Dua jenazah dibawa pulang hari ini - Utusan Malaysia

Gempak Lombok : Dua jenazah dibawa pulang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Jenazah dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok Ahad lalu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 5.10 petang ini.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memberitahu, jenazah Datin Tai Siew Kim dan Lim Sai Wah akan dibawa pulang ke Malaysia menggunakan penerbangan Garuda Indonesia, GA816.

“Seramai 17 mangsa lain akan berangkat pulang pada hari sama (hari ini) dengan pesawat Air Asia nombor penerbangan AK309 terus dari Lombok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka akan diterbangkan terus dari Lombok dan dijangka tiba di KLIA 2 kira-kira pukul 3.15 petang,” katanya dalam akaun Facebook rasmi kedutaan itu semalam.

Tambah kenyataan tersebut, kedutaan juga mengesahkan terdapat empat warganegara Malaysia yang masih mendapatkan rawatan di Rumah Sakit Umum daerah Mataram.

“Bagaimanapun sebahagian dijangka pulang ke Malaysia setelah mendapat pengesahan doktor.

“Kedutaan menggesa warganegara Malaysia yang masih berada di Lombok atau kawasan sekitar yang terkesan susulan gempa bumi untuk menghubungi pegawai bertugas Kedutaan Besar Malaysia di talian +62 813 80813036‬,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini