JAKARTA 17 Mac – Sebanyak 22 pelancong rakyat Malaysia dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Tiu Kelep, Senaru Baru, Lombok Utara. Kejadian tanah runtuh di kawasan air terjun itu terjadi selepas berlaku gempa bumi bersaiz melebihi 5 pada skala Richter yang menggegarkan Pulau Lombok, Indonesia, petang tadi. Ketua Protokol dan Sekretariat Pemerintah Lombok Utara, Mujaddid Muhas dalam satu kenyataan berkata, terdapat 40 pengunjung sedang beriadah di…










