Gagal jual Sanchez, MU bakal hilang De Gea - Utusan Malaysia

Gagal jual Sanchez, MU bakal hilang De Gea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 28 Mac – Kegagalan Manchester United mendapatkan pembeli untuk Alexis Sanchez dikhuatiri akan menyebabkan mereka kehilangan David de Gea.

Kontrak De Gea bersama United kini hanya berbaki setahun.

Menurut akhbar Britain, Standard, penjaga gol berusia 28 tahun itu menuntut gaji yang sama dengan Sanchez iaitu 505,000 pound (RM2.71 juta) seminggu bagi membolehkannya menjadi penerima gaji tertinggi di Old Trafford.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun United keberatan untuk menawarkan gaji melebihi 350,000 pound (RM1.88 juta) seminggu kepada De Gea.

Gergasi bola sepak England itu bersedia menjadikan De Gea sebagai penjaga gol termahal di dunia tetapi bukan pemain yang menerima gaji tertinggi.

Keadaan itu menyebabkan rundingan penyambungan kontrak masih menemui jalan buntu dan peminat Red Devils bimbang dengan kemungkinan Dea Gea akan meninggalkan Old Trafford sejurus musim ini berakhir.

Real Madrid dikatakan bersedia mengemukakan tawaran baharu untuk mendapatkan pemain itu selepas gagal dalam percubaan pertama pada 2015.

Sanchez tidak menyerlah sejak menyertai United dari Arsenal tahun lalu, dan Standard mendakwa, usaha untuk menjualnya kepada kelab China gagal kerana tiada pasukan yang berminat dengan penyerang Chile itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini