HELSINKI 21 Mac- Pihak berkuasa Finland akan melancarkan siasatan terhadap dakwaan mengaitkan telefon mudah alih Nokia dengan kegiatan perkongsian maklumat pengguna dengan China. Perkara itu disahkan wakil badan perlindungan maklumat Finland, Reijo Aarnio. “Berdasarkan analisis awal, kami mendapati berlaku perpindahan data pengguna (ke China),” katanya. Saluran media tempatan, NRK dalam laporannya mendakwa maklumat pengguna, termasuk lokasi dan nombor siri di dalam telefon Nokia 7 Plus telah disalurkan kepada syarikat China Telecom.- AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya