PUTRAJAYA – Filem One Two Jaga dinobatkan selaku Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini sebentar tadi. One Two Jaga yang ditayangkan pada 6 September tahun lalu itu turut menyaksikan pengarahnya Nam Ron dinobat selaku Pengarah Terbaik, manakala pelakon Dr. Rosdeen Suboh membawa pulang kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Filem terbitan Pixel Play Entertainment itu turut menggondol tiga lagi kategori iaitu Poster…










