Federer cemas sebelum menang - Utusan Malaysia

Federer cemas sebelum menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDIAN WELLS 11 Mac – Juara lima kali Indian Wells Masters, Roger Federer dipaksa bekerja keras sebelum mengetepikan cabaran Peter Gojowczyk dengan keputusan 6-1, 7-5 sebelum melakar ke pusingan ketiga kejohanan tersebut.

Pemain pilihan keempat itu serta Novak Djokovic memburu kemenangan keenam dalam kejohanan tersebut dan Federer berkata dia berasa lega apabila dapat mengatasi pemain dari Jerman itu menerusi penentuan tiebreaker dengan bangkit daripada ketinggalan.

“Saya fikir dia menyelamatkan mata penting di set kedua dan saya fikir dia memiliki pukulan servis yang baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya terpaksa bertungkus-lumus dengan pukulan servis saya di set kedua dan itu memberi peluang kepada dia sebab pukulan servis dia lebih baik.

“Saya gembira apabila dapat menemui rentak permainan di set kedua,” kata Federer.

Federer diramalkan akan bertemu rakan senegaranya, Stan Wawrinka yang ketika ini sedang menentang wakil dari Hungry, Marton Fucsovics. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini