FAM luluskan mekanisme pengambilan pemain naturalisasi - Utusan Malaysia

FAM luluskan mekanisme pengambilan pemain naturalisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORG TOWN – Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini meluluskan mekanisme proses pengambilan pemain naturalisasi untuk mewakili skuad kebangsaan, Harimau Malaya menerusi tiga peringkat. 

FAM dalam satu kenyataan menyatakan bahawa tiga peringkat itu meliputi pengambilan pemain jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang.

“Bagi peringkat jangka pendek, ia membabitkan pemain berdarah campuran sama ada (pemain) mereka sendiri dilahirkan di Malaysia, ibu atau bapanya dilahirkan di Malaysia atau datuk atau neneknya dilahirkan di Malaysia,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Proses jangka pertengahan melibatkan pemain asing baharu yang berusia 18 tahun ke atas dan telah bermain dalam Liga Malaysia untuk satu atau dua tahun serta menyakinkan pemain untuk menetap dengan minimum lima tahun,” menurut kenyataan itu.

Bagi peringkat jangka panjang pula membabitkan pemain asing berusia bawah 18 tahun termasuk mengambil kira jumlah pemain, lingkungan usia pemain, negara asal pemain dan lain-lain perkara berkaitan yang akan dicadangkan oleh panel teknikal yang akan ditubuhkan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini