Fabinho dedah pemain yang meyakinkannya sertai Liverpool - Utusan Malaysia

Fabinho dedah pemain yang meyakinkannya sertai Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 18 Mac – Fabinho mendedahkan alasan mengapa dia tidak meneruskan perancangannya untuk menyertai Manchester United, musim panas lalu.

Pemain tengah Liverpool itu berkata, dia perlu memberikan dirinya peluang untuk memulakan kehidupan selesa di England selepas meninggalkan Monaco dengan harga 43.7 juta pound (RM237 juta). Ini termasuk bermain dengan seseorang yang dia kenali dengan baik.

Pemain berusia 25 tahun itu dikaitkan perpindahan ke Old Trafford dengan Jose Mourinho terdesak untuk mengukuhkan bahagian tengah. Namun, Fabinho sebaliknya memilih Anfield dan kali pertama bercakap mengapa dia berpindah ke Liverpool.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia tiada kena mengena dengan pengurus kedua-dua kelab, tetapi Liverpool memenangi pertarungan itu kerana faktor Brazil.

“Bobby (Firmino) memainkan peranan penting saya datang ke sini. Sebelum datang ke sini, saya ada bercakap dengannya bagaimana kehidupan di kelab itu dan juga bandar Liverpool. Memang bagus apabila ada rakan senegara dengan anda sewaktu menyertai kelab baharu, jadi hubungan persahabatan saya dengannya amat penting,” katanya kepada Sky Sports .

Ia bukan disebabkan faktor pengurus, tetapi Fabinho berkata, dia gembira bermain di bawah teraju Jurgen Klopp.

“Dia seorang jurulatih yang banyak membuat permintaan dan sangat rapat dengan para pemainnya. Saya rasa baik jurulatih dan staf kejurulatihan, mereka berusaha membantu pemain mendapatkan prestasi terbaik.

“Kami tahu apa yang dia mahukan untuk pasukan dan kami cuba menjadikan ia sebagai realiti menerusi latihan setiap minggu,” tambah Fabinho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini