KUALA LUMPUR – Pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail menafikan gaun yang dipakai oleh Nasha Aziz seperti dalam video yang dimuat naik di Instagramnya adalah busana nikah pelakon itu. Menurut Ezuwan, gaun dalam video tersebut adalah rekaan terbaharunya yang pernah dipertontonkan dalam sebuah pertunjukan fesyen baru-baru ini. “Belum, Nasha Aziz belum mahu bernikah. “Baju yang dipakai itu merupakan baju yang pernah diperagakan pada pertunjukan fesyen lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online…









