Enam pelesit rempit ditahan polis - Utusan Malaysia

Enam pelesit rempit ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seramai enam pelesit rempit yang didapati melakukan kegiatan lumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini ditahan polis dalam satu operasi awal pagi ini.

Mereka yang merupakan lelaki  berusia di antara 17 hingga 29 tahun itu ditahan dalam Ops Samseng Jalanan oleh Unit Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang yang dilakukan selama enam jam berakhir kira-kira pukul 5 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, suspek ditahan selepas didapati menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, penunggang terbabit disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, kesemua suspek dijangka direman hari ini bagi siasatan lanjut. 

Difahamkan motosikal mereka turut disita. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini