KLANG – Empat penjenayah yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah klinik di Desa Bukit Nilam, Meru, di sini pada Sabtu lalu berjaya diberkas dalam satu serbuan semalam. Keempat-empat lelaki berusia lingkungan 24 hingga 44 tahun itu ditahan di hadapan sebuah restoran di Dato Hulubalang 23, Taman Sentosa di sini kira-kira pukul 7.30 petang. Selain menahan keempat-empat suspek, polis turut merampas dua buah motosikal iaitu jenis Yamaha Lagenda dan Modenas Kriss serta empat buah telefon bimbit. Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, melalui rakaman televisyen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya