Empat pasukan protes jentera Ducati - Utusan Malaysia

Empat pasukan protes jentera Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Mac- Keputusan kemenangan Andrea Dovizioso di Grand Prix (GP) Qatar akan diketahui penghujung bulan ini selepas empat pasukan lain membuat protes terhadap pasukan Ducati.

Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dalam satu kenyataan berkata, Mahkamah Rayuan MotoGP akan membuat keputusan sebelum GP Argentina, 31 Mac ini.

Pasukan pengeluar Honda dan Suzuki bersama Aprilia dan KTM membuat protes kepada steward GP Qatar mengenai satu alat di bahagian ‘swingarm’ di belakang jentera Ducati yang ditunggang Dovizioso, rakan sepasukannya Danilo Petrucci dan Jack Miller (Australia).

Memuatkan artikel berkaitan…

Bantahan yang dibangkitkan adalah berpunca daripada penggunaan ‘sayap’ di bahagian depan tayar belakang jentera Ducati, yang didakwa pengeluar Itali itu sebagai alat untuk penyejukan tetapi pesaing lain menganggap ia membantu kepada sistem aerodinamik.

Steward MotoGP menolak protes berkenaan Ahad lalu tetapi pasukan membuat rayuan dan ia akan di bawah ke mahkamah MotoGP yang akan dihakimi tiga panel.

“Keputusan GP Qatar masih kekal, bergantung kepada keputusan muktamad dari Mahkamah Timbang Tara MotoGP,” kata FIM.

Dovizioso menewaskan juara bertahan, Marc Marquez dari Honda dengan kelebihan 0.023 saat selepas mengharungi pertarungan sengit di Litar Antarabangsa Losail, minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini