LONDON 15 Mac- Keputusan kemenangan Andrea Dovizioso di Grand Prix (GP) Qatar akan diketahui penghujung bulan ini selepas empat pasukan lain membuat protes terhadap pasukan Ducati. Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dalam satu kenyataan berkata, Mahkamah Rayuan MotoGP akan membuat keputusan sebelum GP Argentina, 31 Mac ini. Pasukan pengeluar Honda dan Suzuki bersama Aprilia dan KTM membuat protes kepada steward GP Qatar mengenai satu alat di bahagian ‘swingarm’ di belakang jentera Ducati yang ditunggang Dovizioso, rakan sepasukannya Danilo Petrucci dan Jack Miller (Australia). Bantahan yang dibangkitkan adalah berpunca daripada penggunaan ‘sayap’…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya