JOHOR BAHRU – Sebuah kapal tangki yang berdaftar di Micronesia, Oceania ditahan selepas berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia di kedudukan 4.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai semalam. Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, kapal terbabit ditahan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada pukul 1.30 tengah hari. Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kapal terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen dan bersauh…










