Dua pelatih larikan diri dari Puspen - Utusan Malaysia

Dua pelatih larikan diri dari Puspen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK 10 Mac – Dua pelatih dari Pusat Pe­mulihan Penagihan Nar­kotik (Puspen) di Jalan Sengkang, Bukit Gambir di sini dikesan melarikan diri semalam.

Kedua-dua individu tahanan berusia 36 tahun itu dipercayai melarikan diri melalui pagar belakang pusat berkenaan pada pukul 7.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, kehilangan mereka dimaklumkan oleh kumpulan pelatih di situ yang dilihat memanjat pagar belakang Puspen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakan mereka yang melihat kejadian tersebut kemudian memaklumkan perkara itu kepada Polis Bantuan yang bertugas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, jus­teru satu laporan dibuat di Balai Polis Bukit Gambir pukul 9.20 pagi dan usaha mengesan dua pelatih berkenaan kini dijalankan.

“Dalam masa sama kami juga memohon orang ramai atau ahli keluarga berkenaan yang mempunyai maklumat berhubung dua pelatih ini agar memaklumkan kepada pihak polis.

“Selain itu, mereka juga boleh menghubungi terus Puspen Bu­kit Gambir bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini