NEW DELHI 19 Mac – Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala puluhan lagi dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan bangunan di negeri Karnataka, selatan negara ini, hari ini. Pasukan penyelamat dan ambulans bergegas ke tempat kejadian di daerah Dharwad, kira-kira 700 kilometer barat laut negeri Bangalore. “Lapan orang telah diselamatkan setakat ini. Kami sudah mengarahkan anggota penyelamat dan mesin bagi menyelamatkan mereka yang terperangkap,” kata pegawai kecemasan dan kebakaran daerah itu, Srikant. Seorang lagi pegawai berkata, dianggarkan seramai 152 orang dipercayai terperangkap dalam runtuhan itu. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya