Dua ditahan terlibat aktiviti bom ikan - Utusan Malaysia

Dua ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA 10 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki Pala’u disyaki terlibat dengan kegiatan mengebom ikan di kawasan Laut Singamata, dekat sini petang tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, kedua-dua lelaki berusia 36 tahun itu ditahan selepas bot tempur RH7 PPM Semporna yang menjalankan rondaan Op Pensura mengesan perahu dinaiki suspek pada 5 petang, selepas menerima maklumat dari Unit Risikan Marin berkaitan aktiviti mengebom ikan di perairan tersebut.

“Pemeriksaan awal dalam ruangan bot menemukan peralatan serta bahan letupan seperti satu botol kaca berisi baja ammonia, satu batang ‘detonator kit’ dan satu kotak mancis dipercayai untuk digunakan dalam aktiviti mengebom ikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mohamad Pajeri, kedua-dua tahanan serta barang rampasan termasuk perahu ditunda ke Pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 7(b) Akta Bahan Letupan 1957.

Dalam pada itu, ujarnya, PPM sentiasa mengalu-alukan semua pihak terutama orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat jenayah kepada pihak polis sebagai langkah kebersamaan dalam menjaga keamanan perairan negara.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini