LANGKAWI – Operasi pencarian anggota badan lain Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang diteruskan hari ini di Gunung Raya di sini berjaya menemui dua batang gigi dan gumpalan rambut dipercayai milik kanak-kanak terbabit. Bahagian badan tersebut dijumpai anggota polis dibantu khidmat unit anjing pengesan (K9) dan anggota bomba kira-kira pukul 11 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, operasi pencarian oleh 31 anggota polis dan bomba…









