GURUN 31 Mac – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini meluangkan masa hampir sejam 30 minit melawat kilang jus buah-buahan milik Nanas Merbok Sdn. Bhd., di pusat industri kecil dan sederhana (IKS) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) di sini. Dr. Mahathir tiba kira-kira pukul 10 pagi di kilang itu dengan memandu sendiri kereta sambil ditemani bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin. Turut serta dalam lawatan itu…










