DOHA – Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso memulakan kempen Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini dengan langkah kanan apabila menjuarai perlumbaan pertama Grand Prix (GP) Qatar di Litar Antarabangsa Losail awal pagi semalam. Dovizioso, 32, mengulangi pencapaiannya pada GP Qatar tahun lalu apabila sekali lagi berjaya mengetepikan seteru utamanya dari pasukan Repsol Honda, Marc Marguez. Pelumba dari Itali itu melepasi garisan penamat dengan masa 0.023 saat (s) lebih pantas daripada Marquez…










