SUNGAI PETANI 20 Mac – Akibat disyaki mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang wanita warga Indonesia melecur pada perut dan tangan kiri selepas suaminya bertindak menyimbah petrol pada badan mangsa sebelum menyalakan api di sebuah rumah di Kampung Permatang Gedung di sini, hari ini. Sebelum kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa berusia 30-an terlebih dahulu dibelasah lelaki itu. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu…










