Detik cemas Rayzam pada GP Terbuka Malaysia - Utusan Malaysia

Detik cemas Rayzam pada GP Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jaguh 110 meter (m) lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras kerana kecederaan serius berkemungkinan retak atau patah tulang tangan kanan.

Rayzam, 31, didakwa mengalami kecederaan itu selepas berlanggar pagar terakhir pada aksi final acara 110m lari berpagar Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini sebentar tadi.

Perlanggaran itu menyaksikan Rayzam yang sedang mendahului perlumbaan, bangun dan berjalan melintasi garisan penamat dalam keadaan kesakitan sambil memegang lengan kanannya untuk menamatkan aksi final pada tempat keempat dengan masa 15.24 saat (s).

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Zainal Abas menjelaskan, pihaknya tidak dapat memberi gambaran sebenar kerana perlu menanti keputusan ujian imbasan X-ray daripada pihak hospital terlebih dahulu.

“Jurulatih Ithnin (Mahadi) bersama dengan Rayzam di hospital sekarang. Kami masih tidak pasti sejauh mana tahap kecederaan Rayzam kerana perlu tunggu keputusan X-ray sama ada terseliuh atau sebaliknya.

“Saya harap ia bukan kecederaan serius kerana nama Rayzam sememangnya ada dalam senarai untuk menghadapi Trek Balapan dan Padang Asia (ATF) di Doha, Qatar bulan depan,” katanya.

Pingat emas dimenangi Benedict Ian Gawok dengan catatan masa 14.46s diikuti Muhd. Naim Abdullah di tempat kedua (14.52s) dan tempat ketiga menjadi milik Rizzua Haizad Muhamad (14.70s).

Sebagai rekod, Rayzam merupakan juara bertahan Sukan SEA dan pemegang rekod kebangsaan dengan catatan masa 13.67s. – K! ONLINE

Perlanggaran itu menyaksikan Rayzam yang sedang mendahului perlumbaan, bangun dan berjalan melintasiPerlanggaran itu menyaksikan Rayzam yang sedang mendahului perlumbaan, bangun dan berjalan melintasi garisan penamat dalam keadaan kesakitan sambil memegang lengan kanannya. Foto oleh FARID JANUDIN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini