BATU GAJAH 9 Mac – Empat sekeluarga melibatkan seorang ibu, dua anak lelaki dan nenek mereka ditahan selepas dipercayai mencuri pelbagai barangan bernilai RM900 di sebuah pasar raya di Taman Pusing Hijau, Pusing dekat sini semalam. Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang itu disedari oleh penyelia pasar raya berkenaan selepas mendapati beberapa kotak susu, susu tin, minyak masak, pelbagai jenis pakaian dan penyembur serangga hilang dari rak selepas melakukan pemeriksaan.…










