KUALA LUMPUR 15 Mac – Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4BM) menasihatkan agar rakyat tidak panik dan jangan bertindak menyebarkan berita palsu berkaitan krisis pembuangan sisa toksik di Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang yang telah menyebabkan lebih 2,000 orang terkesan. Presidennya, Mohd. Nizam Omar berkata, pihaknya berharap agar krisis ini tidak dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak. “GB4BM menggesa agar kerajaan mengambil tindakan proaktif dan berkesan dalam menangani krisis pembuangan sisa toksik…










