BOURNEMOUTH – Gol tunggal perlawanan jaringan Riyad Mahrez menghadiahkan tiga mata berharga buat Manchester City ketika menewaskan Bournemouth 1-0 pada aksi Liga Perdana England (EPL) di Stadium Vitality malam kelmarin. Pengurus City, Pep Guardiola menganggap anak-anak buahnya sudah menampilkan aksi terbaik pada perlawanan itu, sekali gus terus memberi cabaran kepada Liverpool dalam perebutan takhta liga. Beliau mengakui aksi menentang Bournemouth bukan sesuatu yang mudah apabila perlu berdepan serangan balas pantas, selain sukar menembusi benteng pertahanan pasukan tuan rumah itu. “Apabila menyaksikan pemain-pemain bermain seperti yang dirancang, saya rasa sangat lega.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya