KUALA TERENGGANU 3 Mac – Operasi bersepadu besar-besaran melibatkan 10 agensi penguat kuasa di tapak binaan sekitar bandar raya ini hari ini berakhir dengan dua sub kontraktor dikenakan kompaun manakala 11 pendatang haram tanpa izin (PATI) ditahan. Dua sub kontraktor itu masing-masing dikompaun tidak melebihi RM25,000 kerana gagal mengisytiharkan projek pembinaan yang dijalankan. Manakala 11 PATI yang terdiri daripada lapan warganegara Bangladesh, dua warganegara Myanmar dan seorang rakyat Indonesia ditahan di bawah kesalahan imigresen. Operasi yang bermula kira-kira pukul 10 pagi hingga lebih pukul 1 petang dilancarkan oleh Lembaga Pembangunan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya