KUALA LUMPUR 13 Mac – Kerinduan peminat untuk melihat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kembali beraksi belum pasti dapat terubat pada Terbuka Malaysia, bulan depan. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini tidak dapat memberi jaminan bekas pemain No. 1 dunia itu akan beraksi dalam kejohanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 2-7 April, biarpun namanya sudah didaftar. Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu perlu mendapatkan kebenaran doktor yang merawatnya di Taiwan sebelum membuat sebarang keputusan untuk beraksi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya