PONTIAN 27 Mac – Batik merupakan satu bidang kraf tradisional yang popular dan unggul di Malaysia. Permintaannya terus meningkat dan bantuan teknologi moden membantu memesatkan lagi industri batik tempatan. Kini batik diterima menjadi sebahagian daripada produk pemakaian antarabangsa selain produk batik dengan nilai tambahnya yang tersendiri. Bate Qila bertempat di Benut di sini, merupakan pembuatan produk kraf tangan berinovasi alaf baharu dengan diaplikasikan teknik semburan cat untuk memberi nafas baharu…









