Ceroboh sempadan negara, JPS Kelantan buat laporan polis - Utusan Malaysia

Ceroboh sempadan negara, JPS Kelantan buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan membuat laporan polis berhubung dakwaan kerja-kerja mengorek pasir di dasar Sungai Golok oleh kontraktor dari negara jiran bagi tujuan projek tebatan banjir telah melangkaui sempadan negara ini.

Pengarahnya, Kamal Mustapha berkata, laporan polis itu telah dibuat pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas pada Jumaat lalu bagi membolehkan siasatan lanjut berhubung perkara itu dilakukan.

“Hal ini kerana ia berada di luar bidang kuasa JPS. Kami hanya memantau supaya pihak lain dapat ambil tindakan seterusnya sebab aktiviti ini masih berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemantauan dibuat oleh JPS Kelantan mendapati ada longgokan tanah di kawasan pembinaan benteng itu sudah memasuki sempadan negara ini,” katanya selepas meninjau keadaan Sungai Golok di sini hari ini.

Kamal memberitahu, buat masa ini pihaknya tidak dapat mengelpasti sempadan negara yang sebenar kedua-dua negara.

Katanya, aktiviti mengorek pasir itu menyebabkan ada beberapa kawasan di sungai itu kini lebih dalam berbanding sebelumnya.

Kamal berkata, ia dikhuatiri mengubah struktur tebing sebelah Rantau Panjang khususnya jika berlaku banjir besar.

“Sepatutnya, kedua-dua negara perlu membuat pemantauan bagi memastikan projek berkenaan tidak melepasi kawasan sempadan yang ditetapkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini