JOHOR BAHRU 2 Mac – Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) didakwa telah membatalkan sebuah ceramah agama melibatkan penceramah popular Datuk Ustaz Kazim Elias dan Pencetus Ummah (PU) Rahmat yang sepatutnya berlangsung di Semarang, Batu Pahat, malam tadi. Lebih menyedihkan, pembatalan itu dimaklumkan pada saat-saat akhir setelah kira-kira seramai 3,000 pengunjung menghadiri lokasi ceramah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsolbari Jamali berkata, penganjuran ceramah ilmu itu diuruskan pihak Waqaf An-Nur Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama masyarakat tempatan. KIRA-KIRA 3,000 pengunjung hadir bagi mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias namun hampa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya