IPOH 19 Mac – Setelah 10 tahun berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Seni Kulinari di Berjaya University College, Cef Azim Amran kembali ke negeri ini bagi meneruskan cita-citanya untuk memperkasa bakat baharu menerusi kemahiran dan pendidikan dalam bidang masakan. Azim, 48, yang berasal dari Sungai Siput Utara, percaya minat dalam bidang kulinari dan hospitaliti perlu dipupuk dalam kalangan murid seawal di bangku persekolahan biarpun tiada kurikulum formal diajarkan kepada pelajar…










