Cederakan isteri: Lelaki direman - Utusan Malaysia

Cederakan isteri: Lelaki direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 6 Mac – Polis menahan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kes mencederakan isterinya sehingga terpaksa menerima 20 jahitan di kepala, dalam kejadian tengah hari semalam.

Suspek yang berusia 31 tahun ditahan selepas dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka di Bukit Beruang di sini semalam.

Menurut sumber polis, siasatan awal mendapati, sebelum kejadian berlaku perselisihan faham antara pasangan suami isteri itu yang menyebabkan suspek berang dan bertindak menyimbah air milo panas ke dada mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek turut membaling penyodok sampah ke muka mangsa sehingga menyebabkan wanita berusia 31 tahun itu cedera di bahagian dahi dan menerima 20 jahitan di Hospital Melaka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, suspek direman selama tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, selain disiasat mengikut Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Perintah reman sehingga 8 Mac itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd. Anuar Ostadi terhadap suspek yang dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perintah tahanan reman tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini