Camel Power labur AS$150 juta - Utusan Malaysia

Camel Power labur AS$150 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Camel Power Malaysia Sdn. Bhd. (Camel Power) memperuntukkan pelaburan sehingga AS$150 juta (RM609.08 juta) bagi membangunkan projek kilang pembuatan bateri dan kitar semula bateri termaju di Kuantan, Pahang.

Camel Power merupakan anak syarikat milik penuh Ca­mel Group Co. Ltd. (Camel Group) pengilang dan pengedar bateri automotif bagi kegunaan kereta, trak, bas dan jentera pertanian.

Pengurus Besarnya, Jerry Xue berkata, kapasiti kilang pembuatan bateri tersebut ialah seba­nyak lima juta unit dalam tempoh setahun dan ia bakal be­roperasi sepenuhnya pada Jun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembangunan kilang ini me­rangkumi dua fasa, yang mana fasa pertama melibatkan jumlah pelaburan sebanyak AS$60 juta (RM243.62 juta), manakala AS$40 juta (RM162.41 juta) diperuntukkan bagi fasa kedua dalam melengkapkan pembinaan keseluruhan.

“Daripada keseluruhan jumlah berkenaan, AS$50 juta (RM203.02 juta) pula akan digunakan untuk membangunkan sebuah kilang kitar semula bateri termaju yang dijangka dilaksa­nakan pada tahun hadapan.

“Ia juga dilihat sebagai usaha syarikat untuk melindungi alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Camel Power di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Camel Group, Liu Changlai; Pengarah Kanan Pe­rolehan Teknikal Kumpulan, Proton Holdings Bhd., Hamizan Osman; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Baidzawi Che Mat.

Camel Group merupakan pembekal bateri bagi kereta jenama Geely di China.

Menurut Jerry, Malaysia dilihat sebagai pasaran yang baik dan mesra pelabur khususnya dari segi polisi dan undang-undang, malah baru-baru ini, pihaknya menerima surat pelantikan daripada Proton untuk membekalkan bateri bagi model terbaharu X70 serta model keluaran akan datang.

“Kami juga sedang dalam pro­ses perundingan dengan beberapa kilang pemasangan tempatan serta pengeluar kenderaan lain seperti Perodua, Honda, Toyota dan Volkswagen dalam mewujudkan kerjasama strategik yang dapat menyokong ranca­ngan pengembangan pada masa akan datang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini