Calon Perdana Menteri sementara Britain sokong May - Utusan Malaysia

Calon Perdana Menteri sementara Britain sokong May

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 25 Mac – Dua menteri yang disebut-sebut sebagai ‘Perdana Menteri sementara Britain’ dalam rancangan menggulingkan Theresa May hari ini menyatakan sokongan kepada wanita berkenaan.

BBC melaporkan, Setiausaha Alam Sekitar, Micheal Gove menyatakan sekarang bukan masanya untuk menukar ‘kapten kapal’ manakala Menteri Pejabat Kabinet, David Lidington pula menegaskan beliau 100 peratus berada di belakang May.

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Brexit, Stephen Barclay berkata, pilihan raya mungkin terjadi sekiranya Ahli Parlimen mengundi pilihan yang tidak dimahukan kerajaan pada minggu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, ahli Parlimen dijangka mendapat peluang untuk mengadakan satu siri pengundian penentu alternatif kepada ‘perjanjian pengeluaran’ May namun mereka tidak terikat. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini