Bukti rakyat tidak selamat di bawah PH - Utusan Malaysia

Bukti rakyat tidak selamat di bawah PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 7 Mac. – Kenyataan provokatif terbaharu yang dikeluarkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng adalah bukti rakyat sama ada orang Islam mahupun bukan Islam tidak akan selamat dan aman berada di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kenyataan bahawa kerjasama antara UMNO dan Pas sebagai satu pengisytiharan perang kepada masyarakat bukan Melayu adalah lanjutan daripada pelbagai provokasi yang dibuat kepimpinan PH sejak menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).

“Kalau rakyat yang buat ia perkara biasa kerana kita boleh dengar macam-macam orang sebut sejak dahulu lagi.

“Tetapi sekarang keadaan amat menghairankan khususnya selepas PRU-14 apabila menteri-menteri sendiri yang membuat pelbagai kenyataan provokatif dan rasis.

“Bukan sahaja rakyat yang menjadi tidak selamat tetapi Guan Eng sendiri pun tidak selamat kerana kenyataan dia itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP melalui kenyataannya dalam satu portal berita menyifatkan kerjasama UMNO dan Pas sebagai pengisytiharan perang kepada bukan Melayu di negara ini.

Namun kenyataan asal itu yang tular kemudiannya diubah malam tadi kepada ‘menyasarkan’ setelah mendapat kritikan hebat.

Dalam pada itu, Che Abdullah berkata, Guan Eng mungkin terlanjur berkata sedemikian kerana takut melihat UMNO dan Pas telah bersolidariti.

“Kalau dahulu dia berjaya menyatukan seluruh rakyat pelbagai kaum untuk melawan Melayu dan Islam dalam PRU-14, sekarang dia takut bila ada solidariti Pas dan UMNO,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×