KOTA BHARU 26 Mac – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob mempertahankan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin tegas dan bukannya diktator. Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, Abdul Hadi tidak berniat untuk membodek Perdana Menteri sebaliknya hanya menyatakan kebenaran. “Bodek membodek ini tak berbangkit, apa yang disebut oleh Tok Guru (Abdul Hadi) itu adalah satu kebenaran, kalau…










