CHRISTCHURCH – Seorang pelampau berhaluan kanan yang merakam dirinya melepaskan tembakan dan membunuh 49 jemaah masjid, membuat simbol ‘white supremacist’ atau ketuanan kulit putih semalam ketika dihadapkan ke sebuah mahkamah New Zealand untuk berdepan tuduhan membunuh. Pengganas kelahiran Australia, Brenton Tarrant, 28, berdiri di kandang tertuduh dengan tangan bergari dan memakai baju penjara berwarna putih ketika hakim membaca satu pertuduhan membunuh terhadapnya. Dia berdepan banyak lagi pertuduhan. Bekas jurulatih kecergasan…










