JOHOR BAHRU – Jenazah bonda Sultan Johor, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini pada jam 2 petang ini. Almarhumah disemadikan sebaris dengan makam bondanya, Che Puan Hajjah Fatima Abdul Hamid. Sebelum pemakaman, bacaan talkin dan tahlil diketuai Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad. Jenazah Almarhumah tiba di Makam Diraja itu dengan menaiki ambulans peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. Sultan Ibrahim turut…










