Bomba selamatkan lelaki Indonesia dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan lelaki Indonesia dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Pasukan bomba menyelamatkan seorang lelaki warga Indonesia yang terperangkap di dalam bilik selepas hostel pekerja yang didiaminya terbakar dalam kejadian di Taman Gemilang, di sini hari ini.

LELAKI warga Indonesia yang diselamatkan oleh bomba selepas hostel pekerja yang didiaminya di Taman Gemilang terbakar.

Menurut kenyataan Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.04 malam seterusnya jentera dengan kekuatan 41 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, Bandar Tun Razak dan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Komander Operasi, Mohd. Khairul Azmi Jaafar memaklumkan, kebakaran berlaku di tingkat dua melibatkan sebuah rumah yang dijadikan hostel pekerja.

“Ketika kejadian, seorang lelaki Indonesia berusia lingkungan 30-an terperangkap di dalam bilik dan telah diselamatkan oleh pasukan bomba. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kenyataan itu.

Ujarnya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10.30 malam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini