Bomba letak oil boom kawal penceraman gas metana - Utusan Malaysia

Bomba letak oil boom kawal penceraman gas metana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor melakukan langkah awal dengan meletakkan peralatan khas bagi menyerap minyak (oil boom) bagi mengawal bahan kimia yang dipercayai dibuang di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih di sini daripada merebak.

Pengarah JBPM negeri, Datuk Yahaya Madis berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 30 pegawai dan anggota bomba yang ditugaskan di lokasi disyaki berlakunya tumpahan bahan kimia tersebut.

Menurutnya, petugas adalah melibatkan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Forensik dan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan perkara ini kira-kira pukul 5.15 pagi dari orang awam yang berada di perumahan berhampiran. Berdasarkan maklumat awal, bahan kimia ini dipercayai dibuang di Sungai Kim Kim.

“Kita masih lagi mengenalpasti jenis bahan kimia yang dibuang, tetapi percaya ia adalah baham mudah terbakar. Forensik juga sudah mengambil sampel air dan tanah di kawasan ini untuk mengetahui jenis bahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Operasi Pembersihan Sungai Kim Kim, di sini, hari ini.

Yahaya berkata, beberapa oil boom telah diletakkan di sepanjang Sungai Kim Kim untuk mengawal pencemaran itu.

“Kita sudah meletakkan oil boom di beberapa kedudukan sungai yang dipercayai terjejas. Fungsinya adalah untuk menyerap bahan kimia sekali gus mengelakkannya daripada merebak.

“Berdasarkan laporan, kawasan terjejas adalah melibatkan radius 500 meter daripada sungai sepanjang kira-kira 1.5 kilometer ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, berkenaan jumlah yang terjejas akibat kejadian itu, beliau memberitahu seramai 20 mangsa terdiri daripada pelajar dan kakitangan dua sekolah di sini, telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menerima rawatan.

“Setakat ini 11 pelajar sekolah rendah, enam sekolah menengah dan tiga kakitangan sekolah dibawa ke HSI untuk mendapatkan rawatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini