Bom meledak di Sibolga, seorang anggota polis cedera - Utusan Malaysia

Bom meledak di Sibolga, seorang anggota polis cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 12 Mac – Sebutir bom meledak di lokasi penangkapan seorang suspek dipercayai pengganas di bandar Sibolga, Sumatera Utara hari ini, mengakibatkan seorang anggota polis Indonesia cedera.

Detik News melaporkan, masih belum diketahui angka polis yang cedera dan keadaan kecederaan melibatkan anggota terbabit.

“Saat dilakukan pemeriksaan di rumah suspek kira-kira pukuk 2.50 petang waktu tempatan, berlaku letupan yang mencederakan anggota polis,” kata jurucakap polis Indonesia, M Iqbal. – AGENSI

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini