BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 11 MAC 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 11 MAC 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG tertanya-tanya apa sudah jadi apabila sekumpulan penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengadakan tunjuk perasaan di Putrajaya, kelmarin. Mereka memperjuangkan hidup songsang itu tanpa rasa malu lagi walaupun ia bertentangan dengan tata susila kehidpuan rakyat negara ini dan agama Islam.

Oleh itu, Awang berharap pihak berkuasa tidak akan berdiam diri. Kumpulan yang terlibat perlu dikenakan tindakan tegas. Ini bukan soal hak asasi manusia tetapi ia mencabar undang-undang dan kehidupan bermoral masyarakat Malaysia. Ramai pihak menentang dan mengecam keberanian kelompok tersebut, justeru tindakan perlu diambil sebagai pengajaran.

Kita sama sekali tidak boleh membenarkan kelompok yang membawa cara hidup songsang ini besar kepala atas alasan kononnya ia hak mereka dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Awang percaya rakyat sedang menanti apakah langkah dan tindakan pihak berkuasa dalam menangani kumpulan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Janganlah kononnya atas alasan Malaysia Baharu, maka kelompok ini mahu mengambil kesempatan mempromosikan cara hidup yang amat bertentangan dengan norma-norma agama. Malaysia bukan negara yang segala-galanya bebas. Kebebasan yang diberikan kepada rakyat ada hadnya dan tidak boleh disalah gunakan. Justeru Awang menggesa tindakan diambil segera.

Awang sentiasa yakin dengan kewibawaan pihak berkuasa. Kalaulah dalam kes himpunan berkaitan politik yang tiada permit, begitu cepat tindakan diambil, takkanlah layanan sama tidak boleh diberikan kepada kumpulan songsang ini?

Awang percaya rakyat pasti bersama pihak berkuasa.
 

AWANG – Menyampah tengok gelagat LGBT.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini