Bila nak makan nasi minyak Arif? - Utusan Malaysia

Bila nak makan nasi minyak Arif?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI peminat badminton Malaysia dan Indonesia, kisah cinta Arif Latif Abdul Latif dan pasangannya dalam beregu campuran, Rusydina Antardayu Riodi­ngin bukan lagi rahsia.

Arif, 29, yang kini mengejar tiket Sukan Olimpik 2020 dalam acara beregu lelaki bersama Nur Mohd. Azriyn Ayub sudah menjalin hubungan dengan pemain Indonesia itu sejak beberapa tahun lalu.

Cuma baru-baru ini, hubu­ngan mereka dilihat semakin serius apabila Arif memberi bayangan ia mungkin akan berakhir ke jenjang pelamin dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…
MOHD. ARIF LATIF memuat naik gambar bersama Rusydina Antardayu
MOHD. ARIF LATIF memuat naik gambar bersama Rusydina Antardayu Riodingin dalam Instagram.

Dalam Instagram miliknya, Arif memuat naik gambar bersama Rusydina berserta hantaran: “Orang cakap muka kita sama betul ke”.

Seorang peminat yang menggunakan akaun norshafinah_hussin kemudian bertanya: Tahniah, bila langsungnya?.”

Pertanyaan itu dijawab oleh Arif: “Insya-Allah, soon (dalam masa terdekat)”.

Pengguna akaun dannychrisnanta turut bertanya soalan sama kepada Arif, bila kahwin? dan pemain itu sekali lagi menjawab: “Insya-Allah, soon”.

Hubungan Arif dan Ru­sydina, 26, yang berasal dari Tangerang, Banten turut diikuti rapat peminat badminton Indonesia yang mendoakan ia akan berakhir ke jenjang pe­lamin.

Nampaknya Arif kini mempunyai dua perkara besar untuk ditumpukan tahun ini, pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan kedua bersiap sedia menjadi seorang suami.

Semoga hubungan Arif dan Rusydina menemui penyudah yang gembira.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini