KUALA LUMPUR 15 Mac – Subsidiari Boustead Holdings Berhad (BHB), Boustead Hotels & Resorts Sdn. Bhd. memasuki perjanjian jual beli (SPA) dengan Every Room A Home Sdn. Bhd. untuk melupuskan pegangan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang dengan pertimbangan tunai RM197 juta. Every Room A Home Sdn. Bhd. merupakan subsidiari Hotel Royal Limited. BHB dalam kenyataannya berkata, pertimbangan penjualan itu berdasarkan kesediaan penjual dan pembeli dengan faktor penilaian pasaran yang saksama…










