Bertindak tegas terhadap sebaran media sosial yang tidak mengikut undang-undang - Utusan Malaysia

Bertindak tegas terhadap sebaran media sosial yang tidak mengikut undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah agensi-agensi penguat kuasa hendaklah bertindak tegas ke atas sebarang sebaran media sosial yang melanggar undang-undang.

Titah baginda, sungguhpun kerajaan meraikan keterbukaan dan kebebasan bersuara, adalah penting kebebasan itu dipraktikkan dalam lingkungan undang-undang serta norma kehidupan masyarakat.

“Menyentuh berkenaan pengaruh media, terutama penggunaan media sosial secara tidak bertanggungjawab boleh mengancam nilai-nilai murni yang berlandaskan agama dan prinsip moral masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Agensi-agensi penguat kuasa hendaklah bertindak tegas ke atas sebarang sebaran media sosial yang melanggar undang-undang,” titah baginda ketika menyampaikan Titah Diraja sempena pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini